suria

Lukaku Milik Siapa?

CHELSEA tampaknya enggan menyerah kalah dengan mudah bagi mendapatkan penyerang idaman mereka, Romelu Lukaku apabila menawarkan harga yang sama seperti Manchester United untuk pemain Everton itu.

Lukaku dilihat semakin pasti berada di Old Trafford pada musim depan apabila menjalani ujian perubatan di Los Angeles selain gambarnya bersama pemain United, Paul Pogba yang mengukuhkan lagi spekulasi.

Namun The Blues enggan menyerah kalah dalam usaha membawa semula Lukaku ke Stamford Brigde apabila menawarkan 75 juta pound sterling kepada Everton, jumlah yang sama seperti tawaran United.

Bos Chelsea, Antonio Conte dikhabarkan berang kerana United mencantas usaha mereka mendapatkan penyerang berbisa kelahiran Belgium itu.

Conte mahu menjadikan Lukaku sebagai pengganti Diego Costa yang mahu meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas berselisih faham.

Sekiranya gagal mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu, Conte dikhabarkan mahu mendapatkan penggempur Torino, Andrea Belotti.

Selain itu, bintang Arsenal, Alexis Sanchez dan penyerang Real Madrid turut berada dalam radar Chelsea.

Sementara itu, Everton dikatakan kurang gembira dengan tindakan Lukaku melanggar peraturan kelab apabila gagal melapor diri untuk menjalani latihan pada minggu ini. - Mirror.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain