suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sandro Rela Tak Jaring Gol

"SAYA rela tak jaring gol."

Itu tekad Sandro Da Silva yang lebih mementingkan kemenangan Kedah berbanding dirinya menjelang perlawanan pembukaan Piala Malaysia menentang Melaka United di Stadium Darul Aman malam ini.

Pemain import dari Brazil itu berkata, baginya kekalahan lebih memeritkan walaupun dirinya berjaya menyumbang gol dalam perlawanan yang dilalui.

"Kekalahan kami bukanlah sesuatu yang akan menamatkan harapan untuk bersaing. Sebaliknya ia akan menjadi pembakar semangat untuk bangkit.

"Oleh itu kami akan bangkit dalam perlawanan pertama Piala Malaysia ini untuk bukan sahaja kembali mencatatkan kemenangan tetapi memburu slot perlawanan akhir.

"Ia bukan sahaja harapan kami tetapi penyokong Kedah yang sentiasa bersama kami tidak kira menang atau kalah," jelasnya kepada mStar Online.

Sandro memberitahu, kehadiran semula tonggak utama yang telah pulih daripada kecederaan bakal memperkemaskan skuad kali ini.

Menurutnya, Baddrol Bakhtiar setakat ini telah pulih daripada kecederaan namun kehadiran pemain berkenaan akan ditentukan oleh Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

"Apa yang penting untuk perlawanan ini, kami perlu fokus dan tidak melakukan kesilapan lagi.

"Saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan untuk tidak begitu yakin kerana beraksi di tempat sendiri dan tidak juga merendah diri.

"Kita perlu berusaha habis-habisan bagi memastikan kemenangan dapat dicatatkan di Stadium Darul Aman," ujarnya.

Kedah, Melaka United, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain