suria

Piala Malaysia: Bukan Mudah Lawan Sarawak - Morais

Pemain-pemain JDT bakal menentang Sarawak pada aksi pertama Piala Malaysia, Selasa malam. Foto: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

PETALING JAYA: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak memandang rendah pada lawannya menjelang aksi sulung Piala Malaysia bermula Selasa.

Skuad Harimau Selatan bimbingan Ulisses Morais bakal menerima kunjungan Sarawak di Stadium Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

"Kita semua sedar bahawa pasukan Sarawak merupakan sebuah pasukan yang hebat serta mempunyai pemain tengah dan penyerang yang hebat.

"Kami juga menyedari bahawa perlawanan pada malam ini bukanlah satu perlawanan yang mudah namun akan cuba melakukannya dan berusaha sehabis baik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada JDT.

"Sememangnya keutamaan adalah Liga Super namun setiap kali bermain bola sepak, kami akan mengharunginya dengan bersungguh-sungguh kerana semua pemain sentiasa mempunyai sifat dahagakan kemenangan," jelasnya dalam satu kenyataaan di laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers.

Jelas Morais, biarpun sedar tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan perlawanan Piala Malaysia ini, mereka akan cuba hadapi dengan baik.

"Para pemain juga tahu betapa pentingnya untuk memastikan perlawanan ini berakhir dengan keputusan yang baik.

"Perkara yang paling penting apabila kami memenangi perlawanan baru-baru ini adalah ia secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan lagi semangat dan motivasi para pemain," jelasnya.

Aksi pembukaan Piala Malaysia malam ini menyaksikan lapan perlawanan bakal berlangsung.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik JDT dalam saingan Piala Malaysia adalah mara ke pusingan akhir 2014. Bagaimana pun mereka tewas secara penalti (5-3) kepada Pahang.

JDT, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Sandro Rela Tak Jaring Gol

Artikel Berikut

Artikel Lain