suria

Pengganti Carrick Ditawarkan Kontrak

MANCHESTER United dilapor sudah menemukan pengganti jangka panjang untuk mengambil-alih tugas pemain tengah veteran, Michael Carrick.

Carrick melanjutkan kontrak setahun lagi bersama United selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama United sepanjang musim lepas di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Kini Mourinho menjadikan pemain tengah AS Roma, Radja Nainggolan sebagai sasaran apabila United dilaporkan sudah mengemukakan kontrak kepada pemain Belgium itu.

Akhbar Itali, II Tempo mendakwa, United menawarkan kontrak bernilai 6.6 juta pound sterling setahun bagi memastikan Nainggolan yang menjadi buruan Chelsea, ke Old Trafford.

RADJA NAINGGOLAN

Ditanya tentang minat united, pemain berusia 29 tahun itu enggan mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.

"Apabila anda bermain bola sepak, anda perlu membuat keputusan dan musim lepas saya mahu kekal di Roma.

"Kita tunggu apa yang akan berlaku pada musim ini kerana saya masih bercuti dan kita akan berbincang mengenainya," katanya.

Nainggolan menikmati musim yang cemerlang bersama Roma apabila menjaringkan 11 gol dan mencipta empat gol untuk membantu pasukannya menamatkan saingan di tempat kedua Serie A.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain