suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Intai Martial Jika Mbappe Pilih Madrid

ARSENE Wenger kini meletakkan pemain sayap Manchester United, Anthony Martial dalam radar jika Arsenal gagal mendapatkan khidmat Kylian Mbappe yang turut menjadi sasaran No.1 Real Madrid.

Pengendali The Gunners itu dilaporkan bersedia melaburkan sebanyak 40 juta pound sterling untuk Martial yang tidak lagi menjadi pemain pilihan Jose Mourinho sejak musim lalu.

Namun Wenger bimbang jika Mourinho enggan bersetuju dengan bidaan tersebut disebabkan perselisihan peribadi antara mereka.

Sebaliknya, The Gunners akan meminta rundingan dijalankan oleh peringkat pengurusan dengan harapan lembaga United akan menganggap akan menjadi satu kerugian jika menolak bidaan tinggi terhadap Martial.

Sumber dalaman Arsenal mengatakan Wenger begitu terdesak untuk menandatangani Mbappe, 18, yang dipercayai mampu memberikan impak seperti Thierry Henry.

Pada masa sama, Wenger turut berhasrat untuk memperkukuhkan jentera serangan Arsenal dan mahu memancing penyerang Lyon, Alexandre Lacazette.

Walaupun Mourinho mungkin cuba menghalang perpindahan Martial, terutama kepada musuh ketatnya, United menyedari bahawa perbelanjaan besar mereka pada musim panas ini perlu diimbangi dengan beberapa cara termasuk bersetuju dengan bidaan Arsenal.

Anthony Martial, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain