suria

Beli Penyerang £100 Juta, Lupakan Ronaldo - Mourinho

BUKAN Cristiano Ronaldo yang diinginkan oleh bos Manchester United, Jose Mourinho tetapi seorang lagi penyerang berbisa Liga Perdana Inggeris.

Sejak Ronaldo dikhabarkan mahu meninggalkan Real Madrid sejak minggu lalu, khabar angin semakin kuat mengatakan penyerang Portugal itu berhasrat untuk kembali bersatu dengan United.

Tetapi perkara itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan memandangkan Mourinho mahu pihak pengurusan United melabur duit sebanyak 100 juta pound sterling bagi mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, sekali gus memecah rekod perpindahan dunia sekali lagi.

HARRY KANE

Spurs tidak akan melepaskan pemain kesayangan mereka itu tetapi tawaran setinggi itu mungkin membuatkan pengerusinya, Daniel Levy berfikir dua kali.

Mourinho merupakan peminat tegar Kane dan percaya United perlu melupakan Ronaldo dan membeli penyerang Spurs itu.

Pengurus kelahiran Portugal itu percaya Kane mampu digandingkan dengan penyerang Real Madrid, Alvaro Morata yang masih berteka-teki sama ada mahu menyertai United pada musim depan. - MIRROR

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain