suria

'Pergilah Sertai Chelsea'

JUVENTUS dilaporkan sedia melepaskan bek kentalnya untuk menyertai Chelsea pada musim depan selepas tawaran yang dikemukakan berbaloi dengan nilai pemain tersebut.

Alex Sandro menjadi buruan pengendali Conte, Antonio Conte yang dikatakan sedia membayar 61 juta pound sterling bagi mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu.

Sandro menyertai Juventus dua tahun lalu dari Porto dengan nilai 22 juta pound sterling dan dibenarkan untuk meninggalkan juara Serie A itu jika dia mahu berbuat demikian.

Skuad The Blues sudah mempunyai Marcos Alonso di bahagian bek kiri tetapi kehadiran Sandro amat penting buat Chelsea menghadapi Liga Juara-Juara pada musim depan.

Menurut laporan Metro.uk, Juventus sedia membenarkan pemain berusia 26 tahun itu berpindah tetapi dengan syarat permintaan mereka dipenuhi.

Chelsea

Artikel Sebelum

Depay Lamar Kekasih

Artikel Berikut

Artikel Lain