suria

Zidane Akan Putuskan Pembelian Dua Pemain

Zinedine Zidane

KYLIAN Mbappe dan Gianluigi Donnarumma secara lisan bersedia memberikan komitmen di Real Madrid, tetapi masih belum pasti kedua-dua pemain berusia 18 tahun itu akan tiba di Santiago Bernabeu musim panas ini atau akan datang.

Zinedine Zidane adalah orang yang akan membuat keputusan dan dia akan mengadakan pertemuan dengan Florentino Perez dalam masa terdekat.

Skuad Los Blancos kini sudah penuh dengan pemain bintang, justeru Zidane mungkin mahu mengelak atau melihat semula keperluan untuk menambah dua lagi pemain ke dalam pasukan.

Harus diingat bahawa kedua-dua pemain mempunyai sedikit perbezaan dengan Mbappe masih mempunyai baki dua tahun kontrak bersama Monaco, sementara Donnarumma hanya tinggal satu tahun di AC Milan.

Bagi Donnarumma, kontraknya hanya tinggal 12 bulan dan Real Madrid boleh menunggu sehingga musim panas 2018 untuk menandatanganinya tanpa perlu membayar yuran pemindahan, tetapi dengan risiko dia mungkin berubah fikiran dan menandatangani beberapa kelab lain.

Walau apa pun situasinya, hanya Zidane yang dapat memutuskan bila kedua-dua bintang ini akan bersama Real Madrid di Sepanyol. -Marca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain