suria

Oscar Digantung Lapan Perlawanan

SHANGHAI: Bekas bintang Chelsea, Oscar digantung lapan perlawanan pada Khamis kerana mencetus pergaduhan besar ketika perlawanan Liga Super China membabitkan pasukannya Shanghai SIPG dan Guangzhou R&F.

Selepas pemain Brazil itu dilihat dua kali merembat bola ke arah pemain Guangzhou Ahad lalu, dia diserang beberapa pemain lawan.

Sebaik dia terjatuh maka berlakulah pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

Persatuan Bola Sepak China mengenakan tempoh penggantungan yang panjang kepada empat pemain, termasuk Oscar, dan mendendanya 40,000 yuan.

Oscar adalah antara pemain dengan profil paling tinggi di Liga Super China selepas dia menyertai SIPG dengan rekod perpindahan tertinggi Asia bernilai 60 juta euro musim ini.

"Tidak menghormati lawan? Ia tidak benar. Saya seorang pemain yang berdedikasi dan menghormati setiap pemain," kata Oscar.

SIPG kini menduduki tangga kedua dalam saingan Liga Super China selepas mengharungi 13 perlawanan.

Oscar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain