suria

Nama Pemain Monaco Bakal Sertai Manchester United Didedahkan

SEORANG wartawan sukan terkenal Itali, Emanuele Giulianelli membuat kejutan dengan mendedahkan nama pemain Monaco yang akan menyertai Manchester United.

Pendedahan itu dibuat menerusi akaun Twitter peribadi  Giulianelli.

"Fabinho bakal menjadi pemain Manchester United akan datang.

"Saya tidak percayakan khabar angin, mari kita lihat," katanya.

Fabinho, 23, dikatakan telah diminati oleh United sekian lama sebelum cuba mendapatkan khidmatnya kali ini.

Pemain muda itu memainkan peranan penting untuk Monaco dalam semua saingan termasuk Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain tengah itu membuat 55 penampilan dalam semua kejohanan dan menjaringkan 12 gol.

Manchester united, Monaco, Fabinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain