suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Jangan Lembap - Bekas Penyerang

John Aldridge

BEKAS penyerang Liverpool, John Aldridge menggesa Jurgen Klopp melengkapkan perpindahan lebih awal daripada membuang masa.

Ini kerana, kelab itu perlu melakukan persediaan awal untuk melalui perlawanan play off bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Liverpool setakat ini belum membuat sebarang pembelian walaupun heboh mengatakan Mohamed Salah antara pemain yang akan berada di Anfield dalam tempoh terdekat.

Gesaan itu diberikan Aldridge kerana baginya, persediaan awal dapat membantu kelab berkenaan lebih fokus untuk menamatkan kemarau piala Liga Perdana Inggeris sejak 28 tahun lalu.

"Saya mahu melihat pemain lebih baik tiba dan wang terus dibelanjakan untuk mereka.

"Perlawanan untuk Liga Juara-Juara akan bermula tidak lama lagi. Oleh itu Liverpool perlu pantas.

"Jangan buang masa, gunakan perbelanjaan yang ada untuk dapatkan pemain terbaik," katanya.

Liverpool, EPL, UCL

Artikel Lain