suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Dani Alves Minta Tinggalkan Kelab

Dani Alves

PEMAIN dari Brazil, Dani Alves telah meminta untuk meninggalkan Juventus, kata ketua pegawai eksekutif kelab Giuseppe Marotta.

Alves dikhabarkan mahu mencari cabaran baharu bersama kelab lain.

"Dani Alves telah memutuskan bahawa dia mahu mengubah persekitarannya, jadi kami akan mencapai persetujuan bersama dan berharap dia berjaya," kata Marotta kepada pemberita pada Rabu, yang dipetik dari akhbar harian Gazzetta dello Sport.

"Tidak ada perpecahan dengan Dani, tetapi motivasi adalah asas untuk mana-mana pemain bola sepak," katanya.

Alves datang dari Barcelona ke Juventus pada 1 Julai 2016. Pemain bek ini membantu pasukan menjuarai gelaran Serie A dan Coppa Italia.

Walaupun cemerlang, Alves tetap ingin angkat kaki dari Juventus.

Menurut Sky Sports, dia mula mempunyai hubungan buruk dengan kelab setelah kalah 1-4 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara, 3 Jun lalu.

Manchester City dan Chelsea dilaporkan sedang berlumba untuk menandatangani Alves, namun Alves dilihat lebih berminat untuk bergabung semula dengan bekas jurulatihnya di barcelona, Pep Guardiola yang kini mengendalikan City.

Alves masih terikat dengan kontrak di Juventus sehingga 30 Jun 2018.

Dani Alves

Artikel Berikut

Artikel Lain