suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Setuju Bayaran Mohamed Salah

Mohamed Salah. -fotoAFP

LIVERPOOL telah mempersetujui bayaran €39 juta dengan Roma untuk mendapatkan Mohamed Salah.

Pemain berusia 25 tahun itu dijangka menjalani ujian kesihatan pada Khamis.

Ini merupakan percubaan kedua kelab Liga Perdana untuk mendapatkan Salah.

Pemain itu hampir menyertai Liverpool dari Basle pada 2014 sebelum berpindah ke Chelsea dengan nilai £11 juta.

Selepas enam bulan dia telah dipinjamkan ke Fiorentina dan Roma, sebelum menyertai kelab itu pada musim panas lalu untuk £13 juta.

Liverpool kini hampir menyetujui pemindahan Salah, yang mungkin akan menandatangani kontrak empat tahun.

Salah menjadi pemain utama yang membawa Roma menduduki tempat kedua di Serie A musim lepas, menjaringkan 15 gol dalam 31 penampilan.

Liverpool telah melengkapkan penyerang berusia 19 tahun, Dominic Solanke, yang merupakan penjaring terbanyak apabila England memenangi Piala Dunia Bawah 20 Tahun dan akan menyertai kelab itu pada 1 Julai.

Mohamed Salah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain