suria

Fabinho Pilih United Atau City?

Fabinho

MANCHESTER United akan menandatangani bintang Monaco, Fabinho pada musim panas ini, menurut wartawan Emanuele Giulianelli.

Fabinho berada dalam pemerhatian United selepas musimnya yang menakjubkan di Monaco.

Pemain antarabangsa Brazil itu sentiasa menjadi pilihan Leonardo Jardim dalam usahanya mendominasi bola sepak Perancis.

Fabinho membuat 50 penampilan dalam Ligue 1, menjaringkan 11 gol.

Walaupun rakan sepasukan Bernardo Silva telah berlepas ke Manchester City dan pemain bintang Kylian Mbappe dikaitkan dengan banyak kelab Eropah, lebih banyak pemain Monaco dijangka akan meninggalkan kelab.

United dan musuh mereka di Liga Perdana, Manchester City masing-masing berminat untuk menandatangani pemain itu.

Tetapi wartawan Emanuele Giulianelli berkata Red Devils akan memenangi persaingan untuk menandatangani pemain berusia 23 tahun itu.

"Fabinho akan menjadi pemain Manchester United tidak lama lagi," katanya di Twitter.

"Saya tidak percayakan khabar angin yang mengatakan perkara yang berbeza, mari kita lihat."

Fabinho yang versatil boleh menarik minat Jose Mourinho yang kini berusaha menjadikan Red Devils pesaing utama Liga Perdana.

Bapa pemain, pada Februari berkata anak lelakinya telah berbincang dengan United, City dan Arsenal.

Dia memberitahu program TV Perancis J + 1: "Kami telah mengadakan perbincangan dengan Manchester United, Manchester City, Arsenal dan telah dihubungi Barcelona.

"Kami suka Manchester United dan kerja Mourinho, tetapi Manchester City pun ada yang menarik juga."

Fabinho, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain