suria

Ini Sebab Monaco Buat Arsenal Kempunan

ARSENAL mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan 'budak ajaib' AS Monaci, Kylian Mbappe selepas dimaklumkan nilai sebenar untuk mendapatkan penyerang muda Perancis itu.

Ini selepas Monaco menetapkan harga sebanyak 130 juta pound sterling (RM706 juta) untuk Mbappe, sekali gus menjadi rekod perpindahan tertinggi dunia jika Arsenal benar-benar mahu membawa pemain berusia 19 tahun itu ke London.

Namun harga yang terlalu tinggi itu mungkin tidak dipenuhi Arsenal yang terpaksa memberi laluan kepada Real Madrid untuk membeli Mbappe.

Malah The Gunners kini menukar sasaran dan menjadikan bintang Lyon, Alexandre Lacazette sebagai pilihan utama menggantikan Mbbape.

Lacazette menjaringkan 37 gol dalam 45 perlawanan buat Lyon sepanjang musim lalu termasuk 28 gol dalam saingan Ligue 1 dan dilapor sedia menyertai Atletico Madrid sebelum kelab Sepanyol itu dikenakan sekatan perpindahan.

Arsenal pernah cuba mendapatkan khidmatnya pada musim lalu tetapi gagal dan usaha kali ini juga mungkin sukar disebabkan kelab London itu tidak bermain di Liga Juara-Juara yang menjadi keutamaan Lacazette. - MAIL ONLINE

Arsenal, Kylian Mbappe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain