suria

Skuad Wanita Harimau Malaya Bertukar Angin

Foto kredit:Malaysia Women's Football

PETALING JAYA: Selepas hampir setahun bertapa di Sabah, skuad bola sepak wanita kebangsaan akan mengubah angin untuk menjalani latihan di Kuala Lumpur bermula 2 Julai ini.

Skuad wanita Harimau Malaya berada di Kota Kinabalu Sabah sejak tahun lalu bagi menjalani latihan persiapan menjelang Sukan SEA, Ogos ini di Kuala Lumpur.

Biarpun publisiti pasukan wanita tidak serancak skuad lelaki, tetapi anak buah bimbingan ketua jurulatih Mohd Asyraaf Fong Abdullah ini tetap tenang dan fokus untuk cuba meraih pingat pada temasya dwitahunan itu nanti.

Pemain akan diberi rehat sempena Hari Raya Aidilfitri dan kembali bersama pada 2 Julai ini bagi Latihan Fasa Akhir di Jeonsa Centre Kuala Lumpur.

"Seramai 25 dipanggil menyertai latihan fasa akhir ini. Pada awal ogos nanti, kami akan memilih seramai 20 pemain bagi senarai akhir ke Sukan SEA," jelasnya menerusi Aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Isnin.


Dalam pada itu, skuad wanita dilihat berada di landasan yang baik dalam memantapkan prestasi skuad sebelum Sukan SEA.

Ketika ditemui Mohd Ashraaf sebelum ini, dia lebih suka mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad remaja lelaki di Kota Kinabalu.

Katanya, selain kekurangan pasukan lawan tempatan yang kompetitif, perlawanan itu mampu menguji kekuatan fizikal dan prestasi pemain-pemainnya.

Manakala perlawanan persabaharan antarabangsa terbaharu bulan lalu, menyaksikan skuad wanita negara menang 4-1 ke atas Nepal.

Senarai pemain Latihan Fasa Akhir Sukan SEA: 

Nurul Husna Mohd Nazri, Pertahanan (Kedah)

Nur Shazwina Shuib, Tengah (Kedah)

Nurathirah Farhanah Zairi, Pertahanan (Pulau Pinang)

Malini Nordin , Pertahanan (Perak)

Nur Haniza Saarani, Penyerang (Perak)

Mira Fazliana Aidi, Pertahanan (Perak)

Marcella Angela Parais, Pertahanan (Pahang)

Puteri Noralisa Wilkinson, Penyerang (Pahang)

Shereilynn Elly Pius, Pertahanan (Sabah)

Jaciah Jumilis, Tengah (Sabah)

Ji. Fedalliah Claritta  Jaimin, Penyerang (UMS)

Asma Junaidi, Penjaga Gol (Sarawak)

Siti Rohani Saptu, Penyerang (Sarawak)

Haindee Mosroh, Tengah (Sarawak)

Angela Kais, Penyerang (PDRM)

Usliza Usman, Pertahanan (PDRM)

Norsuriani Mazli, Tengah (PDRM)

Nabila Naim , Pertahanan (PDRM)

Roszaini Bakar, Penjaga Gol (ATM)

Dadree Rofinus, Tengah (MISC)

Eslilah Esar, Pertahanan (MISC)

Nurul Azurin Mazlan, Penjaga Gol (SSM Sabah)

Nor Athirah Mamat, Tengah (SSM Sabah)

Norshahira Suhaime, Tengah (SSM Sabah)

Bola Sepak Wanita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain