suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Gagal Dapatkan Permit Untuk Penyerang Baru

ARSENAL kelihatan belum bertuah untuk membawa penyerang baharu mereka ke England setakat ini.

Ini kerana, Takuma Asano (gambar) yang sepatutnya berada di bawah kendalian Arsene Wenger bersama Granit Xhaka masih belum diberikan permit bekerja.

Penyerang kebangsaan Jepun itu menyertai Arsenal pada 2016 dari Sanfrecce Hiroshima namun dipinjamkan ke Stuttgart kerana masalah permit.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan, Arsenal telah memaklumkan kepada kelab yang dipinjamkan bahawa Asano masih belum mendapat permit untuk ke kelab itu musim depan.

Berikutan itu, pemain muda berbakat berkenaan perlu berada di Stuttgart untuk musim kedua sebelum permohonan permit dilakukan semula.

Setakat ini, Asano telah melakukan 25 penampilan bersama Stuttgart yang sedang berusaha melayakkan diri ke Bundesliga.

Arsenal Stuttgart, Asano

Artikel Sebelum

TRW Berputih Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain