suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Sociedad Mahu Januzaj

PRESIDEN kelab Real Sociedad, Jokin Aperribay mengesahkan berminat mengikat Adnan Januzaj.

Pemain Manchester United berusia 22 tahun itu bersedia untuk meninggalkan Old Trafford musim ini selepas menjadi pemain pinjaman di Sunderland musim lalu.

Dilaporkan harga perpindahan untuk Januzaj adalah di bawah 10 juta pound (RM48 juta).

"Ya betul. Kami berminat (Januzaj) tetapi belum berbincang lebih lanjut dengan Manchester ataupun dia.

"Kami masih menunggu keputusan Manchester United dan akan mengambil langkah selepas itu. Terdapat beberapa pasukan lain yang turut berminat dengan dia.

"Bukan mudah untuk mendapatkannya," ujar Aperribay.

Selain Real, Glasgow Celtic dan AS Roma turut bercadang untuk mendapatkan Januzaj.

Adnan januzaj, manchester United

Artikel Sebelum

Kafa Enggan Menyerah

Artikel Berikut

TRW Berputih Mata

Artikel Lain