suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Status Import Baharu TRW Diketahui Esok

Annuar bersama L Imam.

PETALING JAYA: Status pemain import baharu Kelantan, Seydi L Imam untuk beraksi dalam Liga Malaysia akan diketahui pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam berkata keputusan mengenai status penyerang Perancis itu sudah diputuskan ahli lembaga pengarah badan induk berkenaan.

"Bagaimanapun kami perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenai status pemain tersebut. Ini kerana tidak adil untuk pasukan itu sekiranya saya mendedahkan status kepada media sebelum diketahui mereka.

"Beri kami ruang untuk berhubung dengan Kafa terlebih dahulu. Kami akan keluarkan satu kenyataan media mengenai keputusan ahli lembaga pengarah FLMMP berhubung rayuan Kafa terhadap Seydi, awal pagi esok (Sabtu)," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Menurut Kevin, Kafa telah pun menghantar surat rayuan mengenai perpindahan Syedi kepada FMLPP pada 5 Jun lalu.

"Mereka (Kafa) merayu untuk dilepaskan daripada sekatan perpindahan atas beberapa alasan yang dikemukakan kepada kita.

"Jadi kita sedia maklum apa yang telah diterima. Mesyuarat ahli lembaga FMLLP pun sudah selesai. Keputusan sudah dibuat dan kita sedang sediakan dokumen balas kepada pasukan Kelantan," katanya.

Jelas beliau, perpindahan Seydi masih belum dimuktamadkan kerana Kelantan masih dikenakan sekatan perpindahan di atas kegagalan mereka untuk melengkapkan proses pendaftaran Liga Malaysia 2017.

"Sekatan (perpindahan) itu memang dah ada, bukan perkara baharu. Malah Kelantan pun sedia maklum mengenai perkara tersebut," katanya.

Pada Ahad lalu, Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Seydi sudah menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dan hanya menunggu kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Sekarang menunggu kebenaran FAM untuk menggantikan Celin (Alessandro)," kata Annuar.

Seydi L Imam, Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain