suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harapan Bekas Penolong Alex Ferguson Terhadap Manchester United

Rene (kanan).

RENE MEULENSTEEN berpendapat Manchester United perlu mendapatkan Kylian Mbappe pada musim panas ini.

Bekas penolong Sir Alex Ferguson itu berkata, United tidak boleh terlepas pandang kejayaan pemain muda berkenaan menjaringkan 26 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Menurut Starsport, United dan Real Madrid kini antara pasukan yang sedang berusaha untuk mendapatkan pemain berkenaan.

Namun Jose Mourinho mempunyai pilihan penyerang tersendiri selain Mbappe seperti Alvaro Morata, Andrea Belotti dan Romelu Lukaku.

"Saya sangat sukakan Mbappe.

"Dia pemain yang hebat tetapi saya sendiri tidak pasti setakat mana usaha United untuk mendapatkan pemain ini," jelasnya.

Tambahnya, jika Mbappe ke Old Trafford, dia bakal menjadi pelangkap di bahagian serangan skuad bimbingan Mourinho

Artikel Lain