suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertafakur Hormati Pemergian Weigang

LARKIN: Skuad Harimau Malaya bertafakur selama seminit sebelum aksi kelayakan pusingan akhir Piala Asia menentang Lebanon bagi mengenang pemergian bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Karl-Heinz Weigang.

"Marilah kita bertafakur seketika bagi menghormati pemergian Karl-Heinz Weigang yang juga bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, demikian pengumuman yang dibuat sebelum sepak mula perlawanan tersebut pada pukul 9.45 malam Selasa.

Peminat yang hadir turut bertafakur bersama di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.

Weigang dilaporkan meninggal dunia Selasa, pada usia 81 tahun di Jerman akibat serangan jantung.

Beliau banyak berjasa dalam bola sepak negara ketika menguruskan skuad negara sehingga layak ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.

Selepas itu, Weigang meninggalkan Malaysia untuk menguruskan beberapa pasukan negara lain.

Namun pada tahun 1997, beliau kembali ke Malaysia dengan mengendalikan skuad Perak sehingga berjaya menjulang Piala Malaysia.

Harimau Malaya, tafakur, Weigang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain