suria

TMJ Iftar Bersama Media Di Istana Bukit Pelangi

JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa iftar bersama kira-kira 30 pengarang dan wartawan sukan di Istana Bukit Pelangi, dekat sini, Selasa.

Tunku Ismail turut diiringi isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai FAM dan isteri masing-masing.

Sebelum majlis berakhir, Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda meluangkan masa bergambar dan beramah mesra dengan pengamal media serta pegawai FAM.

Selepas majlis bersurai, pengamal media meninggalkan Istana Bukit Pelangi untuk membuat liputan perlawanan kelayakan pusingan akhir Piala Asia antara Malaysia dan Lubnan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Yunos, Larkin.

Tunku Ismail dan isteri serta anak mereka, Tunku Kalsom Aminah Sofiah tiba menyaksikan perlawanan tersebut kira-kira pukul 10.30 malam. Turut hadir Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.


TMJ, Istana Bukit Pelangi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain