suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perpindahan Seydi Ke TRW Hanya Tunggu Kelulusan

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa mendedahkan pemain import Seydi L Imam sudah menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu memberitahu, sekarang hanya menunggu keputusan kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Sekarang menunggu kebenaran FAM untuk menggantikan Celin (Alessandro).

"Pertukaran ini akan mengecilkan kos serta dapat mengurangkan tanggungan Kafa dengan meminjamkan beberapa pemain ke pasukan lain," jelas Annuar di entri terbaharu Facebooknya pada Ahad.

Sebelum ini, The Red Warriors (TRW) dicalit dengan isu kontroversi tunggakan gaji sehingga menimbulkan kesukaran pasukan untuk mendaftar pemain import baharu.

Namun minggu lalu, wakil Kafa yang diwakili pemangku Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam bagi membincangkan lebih jelas mengenai beberapa isu yang timbul.

Annuar Musa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain