suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Ucap Tahniah Kepada Welson Sim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada perenang kebangsaan, Welson Sim selepas memenangi pingat emas serta memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 meter gaya bebas pada satu kejohanan di Mare Nostrum Tour di Monte Carlo, Monaco.

"Tahniah perenang kita Welson Sim, raih pingat emas di kejohanan Monaco, pecah rekod kebangsaan & tewaskan juara Olimpik! Manis kemenangan ini," kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau pada Ahad.

Kejayaan Welson Sim memenangi pingat emas dengan catatatan masa 3:49.48 saat itu sekali gus memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 3:50.33 yang dicatat pada Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura di Singapura, Mac tahun lepas.

Lebih membanggakan, Sim yang juga merupakan wakil negara dalam acara renang di Olimpik Rio tahun lepas juga menewaskan juara Olimpik dari Australia, Mack Horton yang memenangi pingat perak.-Bernama

Najib Tun Razak, Sim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain