Diketepikan Southgate, Rooney Pergi Bercuti - Sukan | mStar

Diketepikan Southgate, Rooney Pergi Bercuti

WAYNE Rooney sedang menikmati cuti musim panasnya dan telah mendapat beberapa rakan baharu dalam percutian terbarunya, ketika England bersedia untuk menentang Scotland.

Penyerang Manchester United itu yang telah diketepikan daripada skuad Gareth Southgate untuk kelayakan Piala Dunia, sekali lagi dilihat telah keluar bersama dengan isterinya Coleen.

Memuat naik gambar mereka sedang duduk bersama satu lagi pasangan lain sambil tersenyum di sebuah ruang makan, Rooney seolah-olah gembira dengan rakan yang dikenalinya ketika dalam penerbangan.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang minggu lalu menikmati percutian musim panas bersama keluarga di Barbados, telah membuat pautan nama rakan-rakan percutiannya dalam satu tweet malam Khamis dan berkata: "Berjumpa atas kapal terbang kini keluar untuk makan malam. Teman yang baik @ _MikeEdwards00_ @ColeenRoo @hollmeehan ".

Pemain United yang menyarung jersi nombor 10 itu memilih untuk bercuti selepas diketepikan daripada skuad England yang akan berdepan Scotland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Sabtu ini.

Rooney, penjaring terbanyak sepanjang zaman negara, tidak dipilih kerana 'bentuk pemain lain yang lebih baik', kata Southgate.

Wayne Rooney , Coleen

Artikel Sebelum

Arab Saudi Minta Maaf

Artikel Berikut

Chelsea Mahu Lukaku Tapi...

Artikel Berkaitan

Lambaian Terakhir Wayne Rooney

Lebih Artikel