suria

United Lepas Zlatan?

Zlatan Ibrahimovic

ZLATAN Ibrahimovic bakal meninggalkan Manchester United dengan kelab di Old Trafford itu dilihat memilih untuk tidak melanjutkan kontrak bekas pemain dari Sweden yang cedera itu, menurut pelbagai sumber media di UK.

Ibrahimovic dijangka terlepas lima bulan pertama musim ini untuk pulih daripada pembedahan lutut dan peluangnya untuk kembali cergas sepenuhnya sehingga Januari agak tipis.

Jose Mourinho nampaknya bersetuju dengan pandangan pengurusan kelab bahawa membayar £300,000 seminggu untuk memperbaharui kontrak pemain itu adalah kewangan yang tidak masuk akal.

Ia adalah satu tamparan hebat bagi Ibrahimovic, yang telah menunjukkan kejayaan dalam pusingan pertamanya dan mungkin satu-satunya musim di Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain Paris St Germain, Barcelona dan Juventus ini menjaringkan 28 gol dalam 46 penampilannya sebelum kecederaan mengakhiri musimnya lebih awal.

Pemain berusia 35 tahun itu cedera ligamen lutut dalam suku akhir Liga Europa menentang Anderlecht pada 20 April yang memerlukan dia melakukan pembedahan di Amerika Syarikat pada Mei.

Kontrak setahunnya tamat pada 30 Jun dan United diajngka bersedia untuk melepaskan Ibrahimovic apabila Liga Perdana mengumumkan senarai pemain United yang dikekalkan untuk musim 2017/18 yang diterbitkan pada Sabtu.

Ejen Ibrahimovic, Mino Raiola bulan lepas berkata dia kini tidak tahu jika Ibrahimovic akan kembali di United kerana dia kelihatan tidak mahu meneruskan kerjayanya selepas pulih daripada kecederaan.

Zlatan Ibrahimovic, Man United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain