suria

Messi Jemput 21 Rakan Rapat

Messi bersama Roccuzzo dan dua anak mereka.

LIONEL Messi dilaporkan menjemput kira-kira 21 rakan akrabnya di Barcelona untuk menghadiri majlis perkahwinan pemain bintang itu dengan kekasihnya, Antonella Roccuzzo.

Kebanyakan rakan pasukan Messi di Camp Nou dijangka hadir meraikan hari bahagia pasangan tersebut.

Namun, pemain tengah Barca, Andres Iniesta mengesahkan tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Beberapa staf sokongan termasuk pakar fisio dan doktor antara yang turut memenuhi senarai jemputan.

Selain Iniesta, bekas pengurus Barca, Luis Enrique dan beberapa ahli lembaga kelab gergasi Sepanyol itu juga tidak hadir bagi mengelak berlaku konflik antara bekas Presiden Sandro Rosell dan Joan Laporta.

Messi dan Roccuzzo dijadualkan mengikat hubungan sebagai suami dan isteri yang sah di kampung halaman mereka di Rosario, Argentina.


Lionel Messi

Artikel Sebelum

United Lepas Zlatan?

Artikel Berikut

Artikel Lain