suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Orang Kuat FAM, Perak Meninggal Dunia

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.35 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.

Difahamkan, bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat jangkitan kuman dan paru-paru.

Menurut laman Facebook Perak TBG, Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman beliau di Ampang, Ipoh.

"Seluruh warga kerja Pafa, pemain dan penyokong pasukan Perak The Bos Gaurus mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Presiden Pafa dan bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.35 pagi ini di KPJ Ipoh," kata PTG dalam satu kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh selepas solat Jumaat.

Semasa bersama Perak, Allahyarham pernah mengemudi skuad The Bos Gaurus muncul juara pertama Piala FA pada 1990.

Pada masa sama, Allahyarham juga pernah berkecimpung secara aktif dalam dunia politik dan menjadi Ahli Parlimen Larut pada 1999 hingga 2008.

Artikel Lain