suria

Arsenal Bakal Rampas Pemain Idaman Man United

ARSENAL dijangka merampas pemain idaman Manchester United pada minit akhir sebelum perjanjian antara kelab dengan pemain itu dicapai.

Skuad bimbingan Arsene Wenger kini dilapor telah membida James Rodriguez yang akan meninggalkan Real Madrid pada musim panas.

Rodriguez ingin meninggalkan kelabnya selepas tidak mendapat perhatian Zinedine Zidane yang mempunyai pemain pilihan sendiri.

Berikutan itu, pemain berkenaan mula dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris  dengan Jose Mourinho menjadi jurulatih sasaran yang akan mendapatkannya.

Bagaimanapun, saluran televisyen Sepanyol, El Chiringuito mendedahkan Arsenal dijangka akan mendapatkan Rodriguez walaupun United turut berusaha membawanya ke Old Trafford.

Dakwaan itu dibuat berasaskan bidaan sebanyak £69.8 juta yang telah dibuat oleh Arsenal ketika ini.

Selain itu, kelab utara London tersebut dikatakan mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi Rodriguez kerana isterinya merupakan kakak kepada David Ospina yang merupakan penjaga gol utama Arsenal.

Artikel Sebelum

Artikel Lain