suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Semakin Hampir Dapatkan Bintang Arsenal

BARCELONA semakin hampir melengkapkan perjanjian bagi mendapatkan bintang Arsenal, lapor media Sepanyol.

RAC1 mendakwa, Hector Bellerin (gambar bawah) telah memberitahu Barcelona yang merupakan bekas kelabnya untuk kembali ke Camp Nou.

Berikutan itu, Bellerin didakwa telah bertemu Arsene Wenger secara peribadi untuk menyatakan hasratnya yang ingin pulang ke Sepanyol.

Perbincangan mengenai perpindahan pertahanan itu dijangka selesai dalam tempoh kurang 10 hari.

Pertemuan antara kedua-dua pihak setakat ini hanya gagal mencapai kata sepakat mengenai jumlah pembelian Bellerin.

Bagaimanapun Arsenal dijangka dapat mengenakan yuran yang tinggi kerana pemain berkenaan baru melanjutkan kontrak sehingga 2023.

Berita mengenai perpindahan Bellerin ke Barcelona tersebar selepas kurang seminggu pemain berkenaan mendakwa dia lebih gembira bersama Arsenal berbanding bekas kelabnya itu.

Barcelona, Arsenal

Artikel Lain