suria

Tolak Chelsea Kerana Ingin Bersama Jose Mourinho

PENYERANG bertaraf bintang yang diminati Chelsea sejak musim panas lalu memilih untuk menyertai Manchester United kerana faktor Jose Mourinho.

Saluran televisyen Sepanyol mendakwa, Alvaro Morata teruja dengan Mourinho kerana jurulatih itu bertanggungjawab membawanya ke Real Madrid pada 2010.

Berikutan itu, pemain berusia 24 tahun berkenaan kini telah bersedia untuk ke Old Trafford untuk sekali lagi bersama jurulatih kelahiran Portugal tersebut..

Morata turut dikehendaki oleh AC Milan namun pemain tersebut telah bersuara bahawa dia tidak berminat ke Itali.

United terpaksa mencari penyerang lain selain Antoine Griezman, selepas pemain Atletico Madrid itu tidak dapat meninggalkan kelab berkenaan.

Berikutan itu, Morata, Andrea Belotti dan Romelu Lukaku antara nama yang disebut bakal menyarung jersi nombor 9 di Old Trafford.

Artikel Berikut

Artikel Lain