suria

'Liga Juara-Juara Bukan Isu'

KHABAR gembira menanti peminat Arsenal apabila bintang Lyon, Alexandre Lacazette menyatakan minat untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Selepas mengharungi musim yang hebat di Perancis dengan menjaringkan 36 gol dalam semua perlawanan, Lacazette kini dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris.

Arsenal antaranya paling lama meminat bakat pemain Perancis itu, manakala Liverpool dan Manchester United juga menyimpan hasrat yang sama.

Bagaimanapun, The Gunners berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu apabila dia menyatakan kesediaan untuk melupakan Liga Juara-Juara.

"Liga Perdana Inggeris amat menarik. Tidak bermakna saya akan ke sana dan tidak pasti juga saya menolak tawaran ke sana.

"Adakah Liga Juara-Juara menjadi isu buat saya? Tidak, tetapi ia penting.

"Saya perlu membuat keputusan dengan baik jika berhijrah, jika terlalu ramai pemain, saya tidak mahu diletakkan di bangku simpanan," katanya.

Kenyataannya itu seolah-olah memberi petunjuk untuk memilih pasukan yang tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan, nasib yang malang menimpa Arsenal buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun. - MAIL ONLINE


Alexandre Lacazette

Artikel Sebelum

Melaka United Letak Syarat

Artikel Berikut

Artikel Lain