suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nolito Sedia Tinggal Man City

Nolito. Foto skysports

SELEPAS hanya satu musim dalam bola sepak Inggeris, pemain sayap Manchester City, Nolito mengakui beliau tidak sabar untuk meninggalkan kelab itu.

Pemain skuad kebangsaan Sepanyol berusia 30 tahun itu memberikan enam jaringan dalam 30 kemunculannya dalam semua perlawanan Manchester City bagi penggal ini.

Nolito mengikat kontrak bersama Manchester City bernilai £13.8 juta (RM75.48 juta) dari Celta Vigo, Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, bercakap kepada Tiempo de Juego, Nolito membuat pengakuan bahawa beliau mempunyai beberapa pasukan yang difikirkannya untuk disertai tetapi tidak memberitahu sesiapa mengenai perancangannya.

"Kita akan lihat apa yang berlaku. Jujurnya, saya mahu kembali ke Sepanyol.

"Tetapi ia bergantung kepada Manchester City. Saya mempunyai kontrak selama dua tahun dan kita akan lihat apa yang berlaku," kata Nolito. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain