Harapan Kelam Seydi Sertai TRW - Sukan | mStar

Harapan Kelam Seydi Sertai TRW

Seydi.

PETALING JAYA: Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan Pasukan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melakukan perpindahan pemain import baharu sempena jendela perpindahan Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya hanya menerima satu surat permohonan daripada Kafa untuk seorang pemain luar negara sahaja yang ingin didaftarkan.

“Kami tidak menerima surat permohonan pendaftaran untuk dua pemain luar negara dan jika ada, ia tidak boleh diluluskan.

“Ini kerana Kafa masih menghadapi sekatan perpindahan kerana isu-isu yang dihadapi Kafa berhubung pembayaran perkara-perkara wajib masih belum diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kevin berkata, sewaktu sekatan tersebut berkuatkuasa, sebarang perpindahan perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan liga dan jika ia tidak membawa impak yang positif kepada kedudukan kewangan pasukan atau tidak meletakkan pasukan itu dalam menangani hutang sedia ada maka perpindahan tidak dapat diluluskan.

“FMLLP berharap hasil dari perpindahan yang telah diluluskan tempoh hari dapat digunakan unutk menyelesaikan masalah sedia ada dan sekatan perpindahan tidak lagi perlu dikuatkuasakan.

“Jika ini berlaku ia akan dilihat sebagai satu langkah yang positif untuk Kafa dan Liga Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Tindakan Kafa yang terus menandatangani pemain import baharu biarpun masih belum menyelesaikan tunggakan gaji pemain lama mencetuskan krisis berterusan terhadap pasukan pantai Timur itu.

Kafa sudah berdepan hukuman pemotongan enam mata kerana berdepan isu sama sebelum ini dilaporkan menandatangani dua pemain import baharu, iaitu Abou Bakr El Mel dan Seydi L Imam pada minggu ini.

Ia dilakukan selepas mereka melepaskan penyerang sensasi Lubnan, Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta'zim (JDT) selain menggugurkan Alessandro Celin.

Kafa , FMLLP , Seydi L Imam

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan