suria

Assou-Ekotto Ditawar Berlakon Filem Lucah

Benoit Assou-Ekotto. Foto The Guardian

BEKAS pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Benoit Assou-Ekotto memberitahu beliau ditawarkan berlakon dalam filem lucah.

Tawaran itu dihujani sejak dakwaan mengenai dirinya akan meninggalkan dunia bola sepak dan menjadi bintang porno.

Bagaimanapun pemain itu memberitahu tiada perancangan untuk melakonkan peranan sedemikian.

"Saya fikir saya akan kekal dalam bola sepak," katanya.

Menurut Assou-Ekotto, ramai menawarkannya peranan dalam pornografi menerusi Twitter selepas dakwaan dibuat bekas pengurusnya, Harry Redknapp berhubung hasrat itu walaupun ia sebenarnya sekadar gurauan. 

Pemain berusia 33 tahun itu kini dilepaskan pada akhir musim oleh kelab perancis, Metz.

Redknapp yang menguruskan Assou-Ekotto di Spurs dan QPR ditanya sama ada beliau akan membawa pemain itu ke kelab baharu, Birmingham City.

Bercakap kepada Spurs Show podcast, Redknapp berkata: "Hanya satu masalah adalah dia mengaku mahu menjadi bintang filem lucah.

"Mungkin saya boleh dapatkan setahun lagi sebelum dia memutuskan untuk melakukannya. Dia pemain yang baik dan boleh beraksi cemerlang di Birmingham tahun depan." - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain