suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Trofi Tak Buruk - Pogba

Pemain Manchester United gembira meraikan kemenangan mereka menjulang trofi Liga Europa musim 2016/17. -fotoAP

MANCHESTER United menutup musim 2016-2017 dengan menjulang trofi Liga Europa apabila mengalahkan Ajax Amsterdam.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Friends Arena, awal pagi Khamis, United menundukkan Ajax dengan dua gol tanpa balas.

Gol kemenangan United diperolehi menerusi Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.

Gelaran juara Liga Europa 2016/17 menjadi trofi ketiga yang berjaya dijulang United musim ini.

Sebelum ini skuad bimbingan Jose Mourinho telah meraih gelaran juara Piala Perisai Komuniti dan Piala Liga Inggeris.

Sebagai salah seorang wira yang membantu kemenangan United, Pogba telah menyuarakan pandangannya.

Pemain kebangsaan Perancis itu berkata kemenangan United akan membuatkan para pengkritik terdiam.

“Kami berjaya menang. Kami sangat bangga. Tak ada orang yang boleh mengkritik. Mereka kata bahawa kami melalui satu musim yang buruk tapi kami dapat tiga trofi.

"Jadi, kepada pengkritik kami, piala ini untuk anda semua,” kata Pogba, memetik BT Sport.

Paul Pogba, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain