Aksi Terakhir Aguero? - Sukan | mStar

Aksi Terakhir Aguero?

MELAKA: Kelibat penyerang import Melaka United, Sergio Aguero menjadi tumpuan pada pertemuan Liga Super menentang Felda United pada malam ini sama ada dia akan terus kekal bersama juara Liga Perdana 2016 itu atau sebaliknya.

Ini kerana masa depannya bersama skuad Kancil menjadi tanda tanya ekoran prestasi hambar yang ditunjukkan sejak menyertai Melaka United pada awal musim ini.

Malah desas-desus mengatakan penyerang kelahiran Argentina berusia 23 tahun itu akan ditamatkan kontrak pada jendela perpindahan kali ini walaupun dia enggan mengalah masa depannya bersama Melaka United.

Menurut sumber yang rapat dengan pengurusan Melaka United kepada mStar Online, masa depan Aguero masih dalam pertimbangan selepas pemain itu menerima dua surat amaran ekoran masalah kecederaan dan prestasi hambar.

Difahamkan, Aguero akan diturunkan pada perlawanan menentang Felda United dan ia menjadi satu peluang yang besar buatnya memndapatkan kembali kepercayaan pihak pengurusan Melaka United dengan syarat mempamerkan kualiti permainan yang lebih baik.

Sejak menyertai Melaka United pada awal musim ini, Aguero hanya beraksi dalam empat perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol akibat dihimpit masalah kecederaan selain dikatakan gagal mempamerkan aksi terbaik buat pasukannya.

Melaka United kini menduduki tangga ke 10 liga, hanya satu mata dipisahkan dengan Sarawak yang menduduki zon penyingkiran.

Dalam 12 perlawanan terdahulu, Melaka United hanya mencatat dua kemenangan, empat seri dan kalah enam kali.

Sergio Aguero

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TMJ Tempelak Dakwaan Kenegerian

Artikel Berkaitan

Aguero Mahu Kekal Bersama MU

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain