suria

TMJ Tanya KJ Kat Mana?

Tunku Ismail

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tertanya-tanya ke mana perginya Menteri Belia dan Sukan pada malam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata Khairy Jamaluddin sepatutnya menjadi individu penting dan hadir menyaksikan perlawanan tersebut yang turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.

"Dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan.

"Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini," katanya dalam posting Facebook Johor Southern Tigers, Selasa.

TMJ berkata, beliau difahamkan Khairy terlibat dalam program askar Wataniah pada malam tersebut.

"Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar Wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.

"Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan," katanya.

Katanya apabila telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, ia sebenarnya tentang berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.

"Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, bahawa keutamaan tugas adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat.

"Bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial.

"Ini bukan pasal soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara," katanya.

Khairy Jamaluddin, Piala FA, TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain