suria

'Satu Syarat Penting Sertai United'

PENYOKONG Manchester United tidak boleh terus dibuai mimpi dengan laporan yang mengatakan pemain sensasi Atletico Madrid, Antoine Griezmann semakin hampir menyertai Red Devils pada musim depan.

Awal Selasa, pemain berusia 26 tahun itu mengukuhkan khabar angin yang mengatakan dia akan berpindah ke Old Trafford apabila mengakui terdapat 6/10 peluang untuk menyertai United.

Bagaimanapun peluang tersebut akan turun kepada kosong jika United gagal menepati satu syarat yang ditetapkan oleh Griezmann ketika kedua-dua pihak berunding sebelum ini.

Griezmann menjadi buruan utama Jose Mourinho apabila sanggup mengeluarkan belanjar besar bagi mendapatkan pemain yang telah menjaringkan 16 gol sepanjang musim ini.

Namun laporan akhbar L'Equipe menyebut, United perlu menewaskan Ajax dan memenangi Liga Europa pada Khamis ini bagi mendapatkan bintang Perancis itu.

Pemain jersi 7 itu tidak berminat berhijrah ke United jika tidak beraksi di Liga Juara-Juara pada musim depan memandangkan pasukannya, Atletico Madrid sudah mengesahkan tempat dalam kejohanan Eropah itu.

Antoine Griezmann

Artikel Sebelum

Artikel Lain