suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Sudirman: Malaysia Tewaskan Jerman 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Piala Sudirman dengan langkah kanan selepas membenam Jerman 5-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan C di Gold Coast, Australia, Selasa.

Beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mengutip mata pertama selepas mudah menewaskan pasangan Mark Lamsfuss/Isabel Hettrich dengan straight set 21-17 dan 21-13 dalam aksi yang berlangsung di Gold Coast & Leisure Centre.

Kemudian jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya memerlukan 34 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan lelaki menentang Roth Fabian dengan 21-12 dan 21-11.

Beregu lelaki utama Goh V Shem/Tan Wee Kiong mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengenepikan Jones Rafly Jansen/Josche Zurwonne , 21-16, 21-19.

Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak berdepan masalah mengalahkan Fabiene Deprez dengan 21-10 dan 21-13 dalam masa 31 minit manakala beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei melengkapkan perlawanan dengan menewaskan Johanna Goliszewski/Isabel Herttrich 21-12 dan 21-11

Dalam perlawanan pembukaan kumpulan C pada Ahad, Jepun mengalahkan Jerman 4-1.

Malaysia akan berdepan Jepun untuk menentukan juara kumpulan C pada Rabu.

Sementara itu, juara 10 kali China mendahului kumpulan A selepas menewaskan Hong Kong 4-1 dan akan bertemu Thailand Rabu bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.-Bernama

Piala Sudirman

Artikel Berikut

Artikel Lain