suria

Apa Yang Pelik Dengan Nidzam Adzha

Mohd Nidzam Adzha (belakang penjaga garisan)

JURULATIH Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yuoff sebelum ini lebih gemar memakai baju sukan ketika berada di tepi padang sambil memberikan arahan kepada pemain semasa permainan berlangsung.

Namun, pada aksi final Piala FA, pemangku ketua jurulatih itu memilih untuk memakai kemeja putih, seperti pakaian 'rasmi' Tan Cheng Hoe sebelum meninggalkan skuad hijau kuning.

Berikutan itu, mStar Online sempat bertanyakan mengenai pemilihan baju putih sempena perlawanan akhir berkenaan.

Walaupun agak keberatan untuk menjawab, namun Mohd Nidzam tersenyum sambil mengangguk bahawa dia mimilih warna baju yang sama dengan Cheng Hoe.

"Saya ikut dia, sebab dia mentor saya. Malah setiap hari saya menghubunginya untuk berbincang mengenai corak permainan.

"Dia banyak memberi nasihat dan pandangan kepada saya dalam menguruskan pasukan ini," jelas bekas pemain kebangsaan ini.

Menurutnya, walaupun Cheng Hoe telah meninggalkan Kedah, tetapi jasa penolong jurulatih skuad Harimau Malaya itu tidak boleh dinafikan.

Jurulatih berusia, 49 tahun itu turut mengakui bahawa kejuaraan yang dikecapi Kedah pada Sabtu merupakan antara kenangan manis dalam karier kejurulatihannya.

"Ia merupakan trofi ketiga saya. Dua kali sebagai pemain (Kedah dan Perak) manakala kali ini selaku jurulatih.

"Dan dengan kejayaan ini juga, saya sudah tunaikan janji untuk membawa balik trofi ke Kedah (kali terakhir 2008).

"Saya harap pihak pengurusan dapat mengotakan janji untuk kekalkan saya sebagai jurulatih sehingga tamat musim ini," ujarnya.

Pasukan Kedah merangkul trofi Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.

Kedah, Piala FA, Liga Super, Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain