suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cara 'Sopan' Griezmann Tolak Real Madrid

Antoine Griezmann

BINTANG Atletico Madrid Antoine Griezmann masih menunjukkan komitmennnya terhadap kelab walau terdapat spekulasi bahawa dia bakal ke Real Madrid dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris musim depan.

Walaupun sering dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain, Griezmann dilihat telah menolak untuk menyertai Real dengan cara 'sopan'.

Dalam perlawanan terakhir Atletico di Vicente Calderon, awal pagi Isnin, dia telah membuktikan bahawa dirinya bukan 'Madridista'.

“Siapa yang tidak melompat, maksudnya dia adalah 'Madridista',” demikian nyanyian penyokong Atletico menjelang kick-off menentang Athletic Bilbao. Atletico menang 3-1.

Mendengar seruan tersebut, pemain dari Perancis ini pun melompat di padang sambil diiringi nyanyian penyokong.

Tindakannya itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada penyokong di stadium.

Apakah ini bermaksud Griezmann akan terus setia dengan Atletico musim depan? 

Antoine Griezmann, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain