suria

Liverpool Lega

-fotoREUTERS

GAGAL meraih sebarang gelaran juara, Liverpool tetap menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim dengan 'indah'.

Ini kerana, mereka mampu menempatkan diri dalam empat pasukan teratas dan layak bersaing di Liga Juara-Juara  musim depan.

Tiket untuk Liverpool ini diperolehi selepas mereka menang 3-0 ke atas Middlesbrough.

Skuad bimbingan Juergen Klopp sebenarnya tidak bermasalah untuk menang dalam perlawanan ini.

Mereka berjaya mendominasi permainan dan mampu menciptakan gol-gol hebat.

Gol pembukaan Liverpool disumbat masuk oleh Georginio Wijnaldum pada minit ke-46. Pada minit ke-51, giliran Philippe Coutinho pula menggandakan gol.

Gol ketiga Liverpool diperolehi menerusi Adam Lallana, lima minit kemudian.

Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 76 mata, berbeza satu mata dengan Arsenal di tempat kelima.

Arsenal yang menang 3-1 ke atas Everton dalam perlawanan terakhir mereka terpaksa berpuas hati dengan tiket Liga Europa musim depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Real Juara, Barca Hampa!

Artikel Lain