suria

Piala Pengerusi Felda: PBFW Terengganu Mahu Kerja Keras

Pemain-pemain PBFW Terengganu (jersi putih) meraikan kemenangan ke atas pasukan PBFW Sahabat Sabah.

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Felda Wilayah (PBFW) Terengganu mengakui perlu bekerja lebih keras dalam saingan Piala Pengerusi Felda 2017 sekiranya mahu mempertahankan kejuaraan yang diraih tahun lalu.

Skuad kendalian Mohd Sharul Abdul Rahman itu menang dua daripada tiga perlawanan yang diharungi dalam Kumpulan A dengan PBFW Sahabat dari Sabah menjadi mangsa mereka minggu lalu apabila melakar kemenangan 6-2.

"Ini semenangnya kemenangan yang dicari. Saya gembira dengan persembahan yang dipamerkan pemain bagi memastikan kemenangan kedua sebelum liga berehat sempena Ramadan," jelasnya.

Terengganu selesa mendahului 3-0 tanpa balas pada separuh masa kedua sebelum menggandakan jaringan disusuli dua jaringan lawan yang cuba mengurangkan jurang gol.

"Saya sudah menemui kesebelasan terbaik selepas tiga perlawanan. Saya akan mengekalkan mereka untuk baki dua perlawanan peringkat kumpulan bagi memburu tiket ke separuh akhir," tambahnya.

Tempoh rehat sehingga Julai akan dimanfaatkan Sharul apabila merancang untuk mengadakan sesi latihan dan aksi persahabatan yang kompetitif bagi memantapkan lagi persembahan pasukan.

Piala Pengerusi Felda 2017 menyaksikan saingan 12 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan berlangsung secara liga satu pusingan.

Piala Pengerusi Felda, PBFW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain