suria

Sidang Media Mourinho Enam Saat

SIDANG media hanya enam saat.

Itulah yang berlaku pada sidang media selepas perlawanan Manchester United bertemu Crystal Place Ahad malam.

Mourinho tiba di bilik sidang media selepas mencatat kemenangan 2-0, namun hanya beberapa orang media sahaja yang ada di situ.

Kebanyakan media masih berada di kawasan liputan perlawanan menyaksikan skuad United meraikan kemenangan terakhir aksi Liga Perdana musim ini.

Pegawai media seterusnya bertanyakan kepada empat orang wartawan yang hadir di situ jika ada sebarang soalan kepada Mourinho.

Namun tidak ada sesiapa yang mengajukan soalan. Dalam tempoh enam saat selepas itu dia berkata: 'Tiada?'. Dan seterusnya Mourinho mengucap 'selamat tinggal semua' dan meninggalkan bilik sidang media itu.

Sebelum ini bos United itu telah memberi peringatan supaya tidak mengajukan banyak soalan kepadanya.

"Jangan tanya banyak perkara kerana saya kini di perlawanan akhir," ujarkan kepada MUTV.

United bakal beraksi di pentas akhir Liga Europa bertemu Ajax , Khamis ini.

Pada perlawanan tersebut, dua gol hasil jaringan Josh Harrop dan Paul Pogba menyaksikan United mengakhiri liga musim ini di tangga keenam keseluruhannya.

Dan bermakna, United perlukan kemenangan ke atas Ajax bagi memastikan layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Jose Mourinho, Man United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain