suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidup Peluang Ke Eropah

ALEXIS Sanchez dan Olivier Giroud muncul wira Arsenal ketika menundukkan Southampton 2-0, awal pagi Rabu untuk naik ke tempat kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan kemenangan itu, ia sedikit sebanyak menghidupkan semula peluang The Gunners untuk merebut kelompok empat terbaik sekali gus mara ke pentas Eropah.

Arsenal meraih kemenangan pertama di Stadium St Mary sejak kali terakhir pada Disember 2003.

Sanchez meledak gol ke-20 buat dirinya dalam kempen EPL pada minit ke-60 sebelum pemain gantian Giroud menanduk masuk gol kedua ketika permainan berbaki tujuh minit.

Arsenal kini memintas Manchester United untuk menduduki tangga kelima dan meletakkan mereka hanya tiga mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga keempat.

Anak buah Wenger kini perlu memenangi baki tiga perlawanan dan berharap City atau Liverpool yang berada di tangga ketiga tercicir mata jika mahu beraksi di Liga Juara-Juara buat musim ke-20 berturut-turut.

Arsenal, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Pique Tenang Walau 'Diboo'

Artikel Berikut

'Final Terindah' Real-Juve

Artikel Lain