suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Jawab Spekulasi Jurulatih Harimau Malaya

PETALING JAYA: Spekulasi bahawa Paulo Jorge Gomes Bento bakal menguruskan skuad kebangsaan adalah tidak benar.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, spekulasi yang menjadi tular di sosial media adalah khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Selepas mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, saya akan mengumumkan jurulatih sebenar skuad kebangsaan yang berasal dari Portugal dalam 3 atau 4 hari lagi," jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas Hamidin, selepas kedua-dua pihak selesai segala urusan dokumen dan kontrak, pengumuman akan dibuat kepada  para penyokong bola sepak tanah air.

Sejak beberapa hari lalu, nama bekas pengendali skuad kebangsaan Portugal itu menjadi sebutan untuk mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee dalam sebagai ketua jurulatih negara.

Sebagai rekod, Gomes Bento, 47, merupakan bekas jurulatih Portugal selama tiga tahun dengan membawa pasukan itu ke separuh akhir Euro 2012 dan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014.

Gomes Bento, Portugal, Malaysia

Artikel Sebelum

'Final Terindah' Real-Juve

Artikel Berikut

Artikel Lain