suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Forkey Doe Didenda RM6,000

PETALING JAYA: Mahkamah majistret di sini mengenakan denda RM6,000 terhadap Francis Forkey Doe kerana menggunakan kereta diklon.

Pemain Liberia itu didakwa mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu BLK 17 pada kereta BMW 325i di tempat letak kenderaan di hadapan Restoran Alfa Maju, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, Puchong di sini, jam 4 pagi, pada 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Forkey Doe mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Penyerang utama Selangor berusia 31 tahun itu yang tidak diwakili peguam memohon kepada mahkamah agar hukuman diringankan.

"Saya ada tiga anak dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu semula," katanya.

Forkey Doe ditahan di Bandar Puteri Puchong pada pukul 5 pagi selepas disyaki memiliki BMW klon pada 5 Mei lalu.

Semakan nombor casis kenderaan itu didapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Forkey Doe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain