suria

Aktiviti Masa Lapang Bintang United

SELEPAS pulang dengan kekecewaan ekoran tewas 0-2 kepada Arsenal pada Ahad, pemain Manchester United diberikan cuti sehari oleh pengurusnya Jose Mourinho.

Tiga tonggak utama United, Ander Herrera, Juan Mata dan Marouane Fellaini dirakam menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan keluarga sebelum pertembungan penting menentang Celta Vigo pada aksi Liga Europa pagi Khamis ini.

Herrera dilihat bersama dengan teman wanitanya, Isobel Collardo dan anak perempuan mereka makan angin di pusat bandar Altrincham.

Herrera meluangkan masa bersama teman wanita dan anaknya. 

Sambil menolak stroller anaknya, Herrera dirakam sedang leka mengintai ke dalam sebuah restoran KFC.

Sementara itu, Mata dan teman wanitanya, Evalina Kamph pula sedang menikmati makan tengah hari di Hale Village, Cheshire.

Fellaini bersama kembarnya.

Fellaini yang tidak diturunkan ketika menentang Arsenal minggu lalu dilihat keluar dari sebuah restoran bersama dengan kembarnya, Mansour.

Mereka terserempak dengan Mata ketika mahu makan tengah hari di restoran Carluccio di Hale Village.

Manchester United

Artikel Sebelum

Forkey Doe Didenda RM6,000

Artikel Lain