suria

Diego Costa Bakal Terima Bayaran Tertinggi Di Dunia

Diego Costa. -fotoREUTERS

DIEGO Costa kini di ambang menandatangani perjanjian untuk menjadi pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi di dunia.

Kelab dari China, Tianjin Quanjian yakin mereka dapat melengkapkan perjanjian luar biasa bernilai £76 juta untuk mendapatkan penyerang Chelsea, yang akan dibayar £620,000 seminggu.

Costa telah diberi tawaran oleh kelab tersebut, di mana bidaannya ditolak oleh Chelsea pada Januari.

Tiada sebarang perjanjian yang telah ditandatangani, menurut sumber yang rapat dengan pemain berkenaan, tetapi Tianjin semakin yakin mereka dapat melengkapkan perjanjian itu.

Costa telah dilihat mengadakan pertemuan dengan ejen terkemuka, Jorge Mendes minggu lepas, dengan pegawai-pegawai Tianjin juga dipercayai hadir, meneurut media Sepanyol.

Apa yang akan menjadi penghalang kepada perjanjian itu sekarang adalah jika kelab besar Eropah seperti Paris St Germain membuat satu langkah untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu.

Chelsea pula tidak akan menolak tawaran sebesar itu untuk Costa, yang telah menjaringkan 19 gol musim ini, malah telah mula meninjau pemain pengganti dengan Romelu Lukaku dari Everton berada dalam senarai teratas mereka.

Pemilik Tianjian Shu Yuhui berkata: "Kami telah bersetuju dengan terma bersama dua atau tiga bintang. Satu-satunya isu yang masih tidak dapat diselesaikan adalah mencapai perjanjian mengenai yuran pemindahan."


Diego Costa, Tianjin Quanjian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain